PUSAT KOKURIKULUM

1436078772.png

pusat_kokurikulum_2019

Program Kokurikulum berstruktur telah diperkenalkan semenjak penubuhan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun 1984 di Kampus Sementara Bandar Darul Aman, Kedah.  Pada peringkat awal, Program Kokurikulum dipertanggungjawabkan di bawah Sekolah Pengajian Asasi yang kini dikenali sebagai Kolej Sastera dan Sains (CAS).

Mulai pertengahan tahun 1994, Unit Kokurikulum telah diwujudkan dan berdiri sendiri dengan dipertanggungjawabkan terus kepada Jawatankuasa Program Kokurikulum (JPK) yang dipengerusikan oleh Naib Canselor.

Mulai 1 September 2001, Pusat Kokurikulum telah diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan bertanggungjawab terus kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Pusat Kokurikulum telah diletakkan di bawah pengurusan Hal Ehwal Akademik (HEA) dan bertanggungjawab kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) mulai September 2010 hingga sekarang.

Mulai semester Julai 1996/97, beberapa bidang baru diperkenalkan serta beberapa rombakan penyesuaian dilaksanakan, selain mengekalkan kursus-kursus kokurikulum yang sedia ada.

Semua kursus kokurikulum yang ditawarkan bernilai empat (4) kredit untuk diikuti selama empat (4) semester selaras dengan tempoh pengajian yang dipercepatkan menjadi tiga (3) tahun, kecuali bagi kursus kokurikulum PALAPES dan Kor SUKSIS yang masih bernilai 6 kredit untuk diikuti selama 6 semester serta kursus kokurikulum Kor SISPA yang bernilai 5 kredit untuk diikuti selama 5 semester.

Para pelajar bebas memilih mana-mana kursus yang diminati dan dinasihatkan supaya tidak memilih kursus yang sama dengan bidang pengkhususan akademik masing-masing kerana matlamat kokurikulum ialah untuk meningkatkan potensi pelajar dan menjadikan mereka serba boleh.