Menguruskan segala aspek tadbir urus kokurikulum, kewangan dan pengurusan sumber manusia secara efektif dan efisien mengikut rangka kerja yang telah ditetapkan.
Bahagian Akademik Pusat Ko-kurikulum UUM bertanggungjawab menyelaras perkara-perkara berkaitan akademik seperti penawaran kursus, pemilihan dan lantikan jurulatih dan penyelaras, penetapan jadual kuliah dan kalendar akademik, pemantauan proses pengajaran, pemindahan kredit, pelepasan kuliah dan penilaian serta pemarkahan pelajar.
Menguruskan segala aspek berkaitan aktiviti pelajar, khususnya Kegiatan Luar Kampus serta pinjaman peralatan dan kemudahan.