6 OKTOBER 2019 / 7 SAFAR 1441H
=============================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
Oleh: Samsuri Abdul Razak
Gambar oleh: Pusat Kokurikulum
UNIT SENI LAKON PUSAT KOKURIKULUM RANGKUL ANUGERAH NAIB JOHAN PERTANDINGAN TEATER PENDEK
UUM ONLINE: Sub Unit Seni Lakon, Unit Seni Tampak dari Pusat Kokurikulum telah merangkul anugerah Naib Johan sempena Pertandingan Teater Pendek Peringkat Institut Pendidikan Tinggi Negeri Kedah 2019 di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPDA), Jitra, baru-baru ini.
Pengarah Teater, Nur Aina Syafiqah Mohd Soufi berkata, kemenangan itu adalah hadiah kepada pelajar Sub Unit Seni Lakon dan Pusat Kokurikulum terutamanya kepada pelakon dan krew pementasan teater Kosong yang telah bertungkus lumus untuk menjayakannya.
Menurutnya, pertandingan tersebut merupakan penyertaan pertama Sub Unit Seni Lakon dan kemenangan itu telah menyuntik semangat kepada
pelakon dan krew untuk menyertainya pada masa akan datang.
Sementara itu, Pengarah Pusat Kokurikulum, Prof. Madya Dr. Hussin Abdullah berkata, penyertaan dalam pertandingan teater itu adalah sebagai pendedahan kepada pelajar Sub Unit Seni Lakon untuk bersedia dengan lakonan dan berhadapan dengan penonton.
Selain itu, katanya, pelajar dapat mempelajari cara menguruskan persembahan termasuk props, penyediaan pakaian, seni persembahan, teknik pengurusan pentas dan pengetahuan kreatif pementasan teater.
Teater Kosong mengisahkan seorang pemuda bernama Adam yang belajar diluar negara dan selepas tamat pengajian, beliau terus bekerja secara sambilan di sebuah syarikat.
Selepas 15 tahun menetap di sana, beliau telah ditawarkan bekerja secara tetap, namun hati dan jiwanya berbelah bahagi sama ada mahu menerimanya atau tidak kerana beliau masih mahu menyumbang tenaga kepada negaranya.
Antara pelakon Teater Kosong ialah Muhammad Syahrin Nazmeer Ariffin sebagai Adam, Ainur Fitri Ikhwan sebagai Jati, Siti Aisyah Nor Ismail
sebagai Jiwa, Ahmad Azhari Ihwanto dan Nurul Nasirah Sakinah Yusri sebagai Korus.
Hadiah Pertandingan Teater Pendek Peringkat Institut Pendidikan Tinggi Negeri Kedah 2019 telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah, IPDA, Dr. Amani Abdullah Mubarak