Unit Seni Tampak

Written by ADMIN on . Posted in Uncategorised

 

 

 

Penyelaras :

 

Dr. Yaty Sulaiman

 

 

 

Tel :

 

04 - 928 7453

 

 

 

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

LAMAN WEB

 

SENI KHAT

SINOPSIS: Kursus ini merupakan kursus untuk memperkenalkan Kaligrafi Seni Khat atau dikenali sebagai Seni Tulisan Cantik (versi Jawi Arab /Melayu) dengan memberi penekanan kepada kaedah susun atur huruf, tatacara letak titik dan baris yang betul dalam penulisan Khat Raka’ah serta pengkaryaan seni. 

 

SENI LAKON

SINOPSIS: Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai asal usul drama sejarah perkembangan drama, takrifan drama dan komponen watak drama. Ia akan dibahagikan kepada tiga (3) komponen iaitu: Asal usul dan perkembangan drama, Teknik Penganalisisan Naskah Drama dan Persediaan menjadi Pelakon. Selain itu pelajar akan diberi kesedaran mengenai peranan seni lakon dalam kehidupan seharian. 

 

SENI LUKIS

SINOPSIS: Kursus ini bertujuan memperkenalkan seni lukis kepada pelajar-pelajar bagi membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tumpuan diberikan kepada pengenal asas-asas seni lukis dan unsur-unsur seni serta penggunaannya dalam proses membina dan mencipta hasil karya. Pelajar-pelajar juga akan didedahkan kepada sejarah seni secara umum. 

 

TARIAN MELAYU

SINOPSIS: Kursus ini bertujuan memberi pendedahan ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar-pelajar kepada asas tari, olah tubuh (composition) “rhythmic acitvities” dan konsep 3W (WIRASA, WIRAMA dan WIRAGA). Latihan awal perlu bagi membentuk kelenturan tubuh badan. Di samping itu, pelajar-pelajar akan mempelajari sejarah senitari dan kategori asas gerak tari.