Unit Seni Suara

Written by ADMIN on . Posted in Uncategorised

 

 

Penyelaras :

 

Dr. Marhaiza Ibrahim

 

 

 

Tel :

 

04 - 928 7261

 

 

 

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

LAMAN WEB

 

KOIR

SINOPSIS: Kursus ini akan melatih pelajar tentang cara dan teknik vokal untuk menghasilkan nyanyian yang baik dan berkualiti.

Latihan dibuat secara sendirian dan kumpulan. Pelajar akan dikenalpasti mengikut ketegori suara seperti “soprano, alto, tenor dan bass” mengikut kemampuan individu. Turut diajar adalah literasi muzik seperti mengenal nada dan kaitannya dengan “solfa” dalam bentuk harmoni dan melodi melalui nyanyian serta berdasarkan tanda masa dan tanda yang lazim dan asas.

 

NASYID

SINOPSIS: Kursus ini memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang sejarah dan perkembangan nasyid. Tumpuan akan diberikan kepada nasyid beraliran klasik dan irama padang pasir untuk membolehkan para pelajar menghayati lenggok dan langgam nyanyian nasyid beraliran klasik. Di samping itu, pelajar-pelajar akan diajar cara dan teknik vokal secara praktikal untuk menghasilkan nyanyian nasyid yang baik dan berkualiti.

 

PENGUCAPAN UMUM

SINOPSIS: Kursus pertama ini, para pelajar diperkenalkan kepada asas/dasar Pengucapan Umum. Antaranya ialah komponen-komponen bahasa, pengucapan sebagai satu cara komunikasi, ciri-ciri perucap yang baik, etika pengucapan yang umum, seni bercakap dan ragam pengucap. Selain itu para pelajar juga dikehendaki mempersembahkan pengucapan pengenalan bagi penilaian amali.

 

SENI ISLAM

SINOPSIS: Kursus ini merupakan kursus awalan bagi memperkenalkan seni dalam Islam yang memberi penekanan berkaitan seni lagu, seni suara dan sejarah hubungannya dengan agama Islam.

 

TARANNUM BIL QURAN

SINOPSIS: Kursus ini merupakan kursus pengenalan yang dapat memperkenalkan tentang asas dan seni pembacaan Al-Quran secara bertarannum (kaedah bacaan berlagu) yang betul dan bersesuaian dengan martabat Al-Quran itu sendiri sebagai mukjizat yang terulung di samping dapat meneroka salah satu cabang seni suara khususnya yang sentiasa menjadi tabi’ie manusia yang berkehendakkan kepada seni bunyi (seni suara atau alunan lagu) dan seterusnya dapat menyamai minat para siswazah untuk tidak terus menyepikan pembacaan Al-Quran.