Unit Seni Muzik

Written by ADMIN on . Posted in Uncategorised

 

 

Penyelaras :

 

Mohd Rizal Ramle

 

 

 

Tel :

 

04 - 928 3516

 

 

 

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

LAMAN WEB

 


ANGKLONG

SINOPSIS: Pelajar di dalam semester ini terlebih dahulu akan diperkenalkan dengan permainan angklong biasa iaitu dua (2) set angklong melodi dengan iringan angklong bas dan angklong kod. Setiap pelajar yang mengikuti kursus ini akan memainkan sebuah atau dua buah angklong yang dibuat secara berkelompok untuk melengkapkan sesebuah lagu yang akan dimainkan. Permainan angklong ini amat mementingkan kerjasama serta disiplin yang tinggi untuk membentuk sesebuah pasukan angklong. Ketidakhadiran salah seorang daripada pemain akan menggagalkan matlamat latihan.

 

BAGPIPE

SINOPSIS: Kursus Bagpipe ini akan memberi peluang kepada pelajar yang berminat di dalam bidang muzik untuk mengenali dan mempelajari secara lebih dekat tentang peralatan dan asas bermain Bagpipe. Dalam kursus ini, para pelajar akan diberikan pendedahan tentang teori muzik, kemahiran membaca dan menulis notasi.

 

CAK LEMPONG

SINOPSIS: Kursus ini akan memperkenalkan para pelajar kepada permainan Cak Lempong dari segi sejarah, latarbelakang permainan, persembahan dan alatan yang digunakan. 

 

GAMELAN

SINOPSIS: Kursus ini bertujuan memperkenalkan muzik gamelan dan sejarah kelahiran di Nusantara. Melalui kursus ini pelajar akan diperkenalkan kepada peralatan dan asas bermain Gamelan. 

 

MUZIK TRADISI

SINOPSIS: Kursus ini melatih para pelajar mengenali alat muzik asal dan tambahan. Latihan mendengar rentak irama secara langsung dan melalui pita rakaman dan video. Latihan dibuat secara sendirian (dalam kelas) dan pelajar didedahkan kepada teori muzik ABRSM gred 1.

 

ORKESTRA

SINOPSIS: Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada bentuk dan susunan di dalam orkestra beserta alat-alat muzik yang terdapat di dalam sesuatu orkestra. Juga penggunaan alatan muzik dengan betul dan menjalani teknik-teknik bermain dengan alatan muzik tersebut bagi menghasilkan muzik yang sempurna dan nada yang tepat. Pelajar akan tahu cara memegang dan memainkan alat muzik dengan betul. Pelajar akan dikelompokkan menurut susunan atau sectional dalam orkestra. Pemilihan alatan adalah dibuat berdasarkan minat dan kebolehan bermain sesuatu alat tersebut. Alat-alat muzik ini dimainkan secara berkumpulan mahupun perseorangan. 

 

PANCARAGAM

SINOPSIS: Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan asas teori dan amali dalam muzik serta kemahiran asas bacaan dan penulisan notasi dalam muzik berkonsep pancaragam / Military Band. Selain itu, kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang permainan alat-alat muzik dalam orkestra serta memberi pengalaman muzik formal. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada pelajar kemahiran bermain alat muzik mengikut bacaan notasi berpandukan skor seksyen (kumpulan) yang disediakan.