Unit Pertolongan Cemas

Written by ADMIN on . Posted in Uncategorised

 

 

 

Penyelaras :

 

Mohamad Hapisol Bin Othman

 

 

 

Tel :

 

04 - 928 4165

 

 

 

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

LAMAN WEB

 

BRIGED BOMBA

SINOPSIS: Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada ilmu asas kebombaan daripada teori dan praktikal. Teori-teori kebombaan akan merangkumi hal-hal yang berhubung dengan kebakaran, alat pemadam api, jenis api dan teknik-teknik pemadaman api yang berkesan.
Penekanan akan diberikan kepada perkara yang berhubung dengan langkah-langkah penyelamatan. Dari segi praktikal, teknik-teknik kawad kaki akan diberikan.

 

BULAN SABIT MERAH

SINOPSIS: Kursus ini merupakan kursus asas dalam Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM). Kursus ini bertujuan memperkenalkan sejarah perhubungan PBSM dalam struktur organisasinya. Di samping itu, kursus ini juga memperkenalkan pelajaran asas pertolongan cemas dengan melihat sistem perjalanan tubuh badan manusia, khususnya dari aspek pernafasan, sistem peredaran darah, sistem saraf dan sistem deria, perkumuhan serta otot manusia. Latihan berbentuk praktikal akan diperkenalkan khususnya dalam mempelajari jenis-jenis balutan dan fungsinya.

 

PERTAHANAN AWAM

SINOPSIS : Kursus ini adalah kursus awalan dalam siri kursus-kursus Pertahanan Awam. Melalui kursus ini pelajar akan diperkenalkan kepada organisasi pertahanan awam, sejarah serta kepentingan dalam pembangunan Negara. Pada peringkat awal, pelajar akan dilatih berkawad sebagai salah satu bentuk pembinaan dan pemantapan disiplin.

 

ST. JOHN AMBULANS

SINOPSIS : Kursus ini bertujuan memperkenalkan prinsip-prinsip asas serta matlamat pertolongan cemas. Di samping itu, kursus ini juga menerangkan bagaimana tubuh manusia berfungsi dalam keadaan normal, iaitu dengan cara mengkaji sistem perjalanan tubuh manusia khususnya dari aspek sistem pernafasan, sistem peredaran darah, sistem saraf dan organ deria, perkumuhan, tulang serta otot manusia. Latihan berbentuk praktikal akan diperkenalkan khususnya dalam mempelajari jenis-jenis balutan dan fungsinya.