Unit Perniagaan Tani

Written by ADMIN on . Posted in Uncategorised

 

 

Penyelaras :

 

Hj. Mohamad Zainol Abidin Bin Adam

 

 

 

Tel :

 

04 - 928 7374

 

 

 

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

LAMAN WEB

 

AKUAKULTUR

SINOPSIS: Kursus ini akan membincangkan aspek-aspek asas berhubung dengan bidang akuakultur iaitu penternakan ikan dan udang air tawar dalam kolam tanah dan kolam simen. Penekanan akan diberikan kepada usaha penternakan secara komersial dari segi teknik dan teknologi ternakan secara moden, pengurusan kolam dan pengawalan musuh dan penyakit. Kursus ini juga akan memberi pendedahan mengenai penyediaan aliran kewangan bagi tujuan permohonan pinjaman dari institusi kewangan. 

 

HORTIKULTUR

SINOPSIS: Kursus ini akan membincangkan aspek-aspek asas dalam tanaman sayur-sayuran merangkumi aspek-aspek keperluan asas, amalan, sistem dan pengurusan penanaman sayur-sayuran. Penekanan akan diberikan kepada usaha penanaman secara komersial dari segi teknik dan teknologi tanaman secara moden, sistem pengairan dan pengawalan musuh dan penyakit.

 

VETERINAR

SINOPSIS:Kursus ini akan membincangkan aspek-aspek asas dalam ternakan ayam pedaging merangkumi aspek-aspek keperluan asas, amalan dan pengusahaan penternakan. Penekanan akan diberikan kepada teknik-teknik penternakan secara moden dan komersial. Kursus ini juga akan memberi pendedahan mengenai penyediaan aliran kewangan bagi tujuan permohonan pinjaman dari institusi kewangan.