Unit Kepimpinan

Written by ADMIN on . Posted in Uncategorised

 

 

 

Penyelaras :

 

Dr. Siti Hadijah Che Mat

 

 

 

Tel :

 

04 - 928 6799

 

 

 

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

LAMAN WEB

 

KEPEMIMPINAN

SINOPSIS: Kursus ini memberikan pendedahan dan input ke arah pembangunan/pengurusan diri pelajar serta kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk membangunkan diri dan sahsiah pelajar. Ini adalah penting sebagai persediaan dan melengkapkan diri mereka melaksanakan aktiviti-aktiviti yang diatur rancang dalam sesebuah organisasi. Penekanan adalah mengenai diri, pembangunan diri, falsafah kepimpinan, motivasi dan kemahiran pengucapan.

Pelajar akan didedahkan dengan pengalaman kepada aktiviti dalam kumpulan (LDK). Di akhir kursus, pelajar didedahkan dengan Kem Tahunan yang bertujuan merealisasikan pengisian kursus seperti membina semangat berpasukan dan ketahanan diri pelajar.

 

KEROHANIAN

SINOPSIS : Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar tentang ilmu fardhu ain sebagai asas pembentukan peribadi muslim. Kursus ini akan memberikan pengetahuan asas tentang ibadah khusus, membentuk jiwa dan semangat pelajar melalui pelaksanaan sembahyang serta mendedahkan pelajar kepada bacaaan bertajwid Surah Al-Fatihah dan ayat-ayat lazim. 

 

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

SINOPSIS: Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada falsafah, proses dan teknik kaunseling individu secara teori dan praktikal. Pelajar juga akan diberi pendedahan kemahiran hidup, iaitu kemahiran sosial dan akademik. Di samping itu pelajar juga akan melalui amalan kepimpinan secara praktikal seperti berurusan dengan pelajar lain dan mengendalikan dan menjadi jurulatih kepada bengkel-bengkel kemahiran hidup.