FAQ

Written by ADMIN on . Posted in Uncategorised

1. Pendaftaran Kursus

S :  Bilakah saya perlu mendaftar untuk kursus kokurikulum?
 
J :  Pelajar harus mendaftar untuk mengikuti kursus kokurikulum pada semester pertama ketika memulakan pengajiannya di Universiti ini dan boleh memilih mana-mana kursus yang ditawarkan sahaja. Pelajar perlu mengisi Borang Pemilihan Kokurikulum BPK(A). Pelajar perlu memastikan nombor kod kursus kokurikulum bertepatan dengan kursus yang dipilih. Bermula Semester A121, pelajar boleh mendaftar ‘online’ kursus kokurikulum melalui portal masing-masing dengan memasukkan nombor matrik dan nombor kad pengenalan.

2. Pemilihan Kursus

S :  Bagaimanakah saya hendak membuat pemilihan kursus kokurikulum?
 
J :  Pemilihan untuk menyertai kursus kokurikulum hanya dapat ditentukan ketika pendaftaran masuk ke Universiti dibuat tertakluk kepada kekosongan tempat yang disediakan. Buku panduan pemilihan kursus kokurikulum akan dipos bersama surat tawaran dan pelajar perlu mengisi Borang Pemilihan Kokurikulum BPK(A) yang disertakan. Pelajar juga boleh mendaftar dengan mengisi borang pendaftaran yang boleh didapati di kaunter akademik Pusat Kokurikulum pada minggu pertama sesi bermula.
 
 

3. PERTUKARAN KURSUS

S :  Bolehkah saya menukar kursus kokurikulum?
 
J :  Apabila seseorang pelajar telah membuat pemilihan kursus kokurikulum, mereka boleh menukar dalam masa 2 minggu (ikut tarikh gugur/tambah) selepas bermula aktiviti kokurikulum semester tersebut.
Dalam kes tertentu, apabila pelajar telah menyelesaikan kursus pilihan awalnya selama 2 semester, pelajar kemudiannya tidak dapat meneruskan kursus kokurikulum yang dipilihnya, pelajar boleh memohon untuk bertukar ke kursus kokurikulum Pembangunan Keluarga atau Perniagaan Tani. Kelulusan pertukaran ini tertakluk kepada kebenaran Pengarah Pusat Kokurikulum.
 
 

4. GUGUR / TAMBAH KURSUS

S :  Bagaimanakah sekiranya saya ingin menggugurkan kursus kokurikulum?
 
J :  Sekiranya pelajar telah mendapat kursus kokurikulum, tetapi tidak mahu teruskan kursus tersebut, pelajar boleh gugurkan dalam masa 2 minggu (minggu gugur/tambah). Sila rujuk kalendar akademik Pusat Kokurikulum. Pelajar perlu ke kaunter akademik Pusat Kokurikulum dengan seberapa segera. Isi borang gugur (sebagai rekod). Jika tiada kekosongan pada kursus yang diminati atau kursus tidak sesuai, pelajar boleh ambil semula kursus berkenaan semester depan.
 
 

5. TARIK DIRI (TD)

S :  Sekiranya saya tidak mahu mengikuti kursus kokurikulum selepas minggu ke-2, apakah yang patut saya buat?
 
J :  Selepas minggu tarikh gugur/tambah selesai, pelajar tidak dibenarkan lagi untuk gugurkan kursus. Mereka perlu Tarik Diri (TD). Terdapat 2 jenis TD:
 
Percuma - selama 2 minggu iaitu minggu ke-3 hingga minggu ke-4 aktiviti kokurikulum berjalan. Tiada bayaran dikenakan.
 
Berbayar - selepas TD percuma selama 2 minggu, pelajar masih boleh TD lagi. Namun perlu membayar RM50.00. Bayaran boleh dibuat di kaunter Bank Islam. Bayaran atas nama Bendahari UUM. No. akaun akan diberi oleh Bank Islam. Bawa resit ke Bahagian Akademik Pusat Kokurikulum bersama borang permohonan TD. Serahkan borang permohonan TD dan bukti resit pembayaran kepada staf bertugas dan borang tersebut akan disahkan oleh Timbalan Pengarah Akademik dan TD akan direkodkan.
 
Selepas TD pelajar tidak perlu lagi ke kelas. Pelajar hendaklah mendaftar untuk mengambil kursus kokurikulum baru pada semester hadapan.
Pelajar adalah tidak digalakkan untuk TD kerana pelajar perlu menambah tempoh pengajian untuk menghabiskan kokurikulum.
 
 
 

6. PEMINDAHAN KREDIT

S :  Apakah syarat dan kriteria yang diperlukan untuk permohonan pemindahan kredit?
 
J :  Hanya pelajar semester pertama yang layak untuk memohon pemindahan kredit kursus kokurikulum. Borang permohonan pemindahan kredit boleh didapati di Kaunter Akademik Pusat Kokurikulum.
 
Syarat-syarat Umum Pemindahan Kredit
 
Pelajar semester pertama.
 
Mempunyai sijil profesional dari institusi/badan yang diiktiraf dalam bidang yang sama yang hendak dipohon. Contoh; Persatuan Bulan Sabit Merah atau Sijil Muzik. (sertakan sijil yang disahkan).
 
Pernah mewakili peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau negara. (sertakan sijil yang disahkan).
 
Bayaran sebanyak RM10.00 dibuat di Bank Islam atas nama Bendahari UUM.
 
Sila bawa resit pembayaran dan salinan sijil asal/ yang telah disahkan ke Bahagian Akademik Pusat Kokurikulum.
 
Keputusan pemindahan kredit dan surat rasmi akan dikeluarkan setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kokurikulum.
 
Pelajar perlu hadir untuk mengambil surat tersebut di kaunter akademik Pusat Kokurikulum.
 
Contoh sekiranya pelajar berjaya melakukan pemindahan 1 jam kredit dalam Kursus Pembimbing Rakan Sebaya:
 
Semester 1         -              Lulus pindah kredit (tidak perlu ikut ko-k)
 
Semester 2         -              Mengikuti kursus Pembimbing Rakan Sebaya 2
 
Semester 3         -              Mengikuti kursus Pembimbing Rakan Sebaya 3
 
Semester 4         -              Mengikuti kursus Pembimbing Rakan Sebaya 4
 
Contoh sekiranya pelajar berjaya melakukan pemindahan 1 jam kredit dalam Kursus Pembimbing Rakan Sebaya:
 
Semester 1         -              Lulus pindah kredit (tidak perlu ikut ko-k)
 
Semester 2         -              Lulus pindah kredit (tidak perlu ikut ko-k)
 
Semester 3         -              Mengikuti kursus Pembimbing Rakan Sebaya 3
 
Semester 4         -              Mengikuti kursus Pembimbing Rakan Sebaya 4
 
Syarat Khas Pemindahan Kredit Unit Seni Muzik
 
Mempunyai bakat dan kemahiran di dalam bidang muzik
Mempunyai sijil muzik yang asal/ salinan dengan pengesahan.
Pernah mewakili peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan negara dalam bidang muzik adalah satu kelebihan yang akan dipertimbangkan.
Syarat Khas Pemindahan Kredit Unit Sains Sukan Dan Sukan Rekreasi
 
Mewakili sekurang-kurangnya peringkat daerah dalam bidang sukan.
Mesti mendaftar kursus Sains Sukan I
Contoh sekiranya dapat pemindahan kredit 1 jam dalam Sains Sukan:
 
Semester 1        -               Lulus pindah kredit (tidak perlu ikut ko-k)
 
Semester 2         -              Pengurusan Sukan dan Rekreasi
 
Semester 3         -              Bola tampar (3)
 
Semester 4         -              Bola Tampar (4)
 

7. PENILAIAN KURSUS

S :  Bagaimanakah penilaian terhadap kursus kokurikulum dilakukan?

J : Penilaian terhadap kursus kokurikulum dilakukan seperti berikut :

KOMPONEN

PERATUS (%)

Kehadiran

20%

Portfolio

20%

Integrasi

10%

Kemahiran insaniah

50%

JUMLAH

100%

 



 

 

 

 

 

8. AKTIVITI INTEGRASI

S :  Apakah aktiviti integrasi kokurikulum?
 
J :  Aktiviti integrasi adalah aktiviti yang disertai oleh pelajar kokurikulum mengikut unit-unit tertentu. Pelajar perlu menghadiri sekali sahaja integrasi bagi setiap semester. Aktiviti integrasi   yang diadakan termasuklah ceramah, perasmian, senamrobik atau aktiviti universiti lain yang diadakan dari semasa ke semasa.
 
S :  Apakah saya perlu mengikuti aktiviti integrasi?
 
J :  Pelajar diwajibkan untuk mengikuti aktiviti integrasi yang membolehkan pelajar mendapat 10 markah integrasi.
 
 
 

9. GANTI INTEGRASI

S :  Apakah yang perlu saya buat sekiranya saya tidak dapat hadir ke aktiviti integrasi?
 
J :  Sekiranya tidak dapat hadir ke aktiviti integrasi, pelajar boleh memohon untuk menggantikan integrasi tersebut ke satu tarikh yang lain. 
 
Permohonan integrasi ganti perlu dilakukan dengan alasan yang munasabah. Permohonan akan diluluskan sekiranya pelajar dapat mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut :-
 
  • Surat pelepasan aktiviti universiti. Atau;
  • Sijil cuti sakit yang asal (MC). Atau;
  • Kad Perkahwinan yang asal (saudara terdekat). Atau;
  • Sijil kematian yang asal (saudara terdekat). Atau;
 
Lain dari sebab-sebab di atas pelajar perlu berbincang dengan Timbalan Pengarah Akademik Pusat Kokurikulum untuk permohonan ganti integrasi.

10. HALANG PELAJAR

S :  Mengapakah seseorang pelajar dihalang (BAR)?
 
J :  Seseorang pelajar itu layak dihalang (BAR) sekiranya pelajar tersebut didapati tidak hadir ke kelas kokurikulum 3 kali dalam tempoh pengajian satu semester tanpa sebab munasabah.
 
S :  Setelah dihalang (BAR), apa yang perlu pelajar lakukan?
 
J :  Bagi pelajar yang dihalang (BAR), pelajar perlu mendaftar semula kursus kokurikulum tersebut. Borang pendaftaran kursus boleh didapati di Kuanter Akademik Pusat Kokurikulum.
 
 
 
 

11. TUNTUTAN BAYARAN BALIK PERBELANJAAN AKTIVITI KLK

S :  Bila dan bagaimanakah saya hendak membuat tuntutan bayaran balik perbelanjaan aktiviti Kegiatan Luar Kuliah (KLK)?
 
J :  Pelajar hendaklah membuat tuntutan bayaran balik perbelanjaan aktiviti Kegiatan Luar Kuliah selewat-lewatnya DUA (2) minggu selepas program dijalankan. Pelajar perlu menyediakan Laporan Projek Aktiviti serta resit asal perbelanjaan yang ditampal kemas atas kertas A4 dan menghantarnya kepada Bahagian Aktiviti. Laporan Projek dan resit perbelanjaan hendaklah diasingkan dan disertakan dengan Surat Kelulusan Projek.

12. PERMOHONAN MENGADAKAN AKTIVITI KEGIATAN LUAR KULIAH (SEMARAK SISWA)

S : Siapakah yang layak untuk menjalankan aktiviti kegiatan luar kuliah (SEMARAK SISWA)?
 
J : Pelajar kokurikulum semester dua (2) dan ke atas sahaja.  
 
S : Bagaimanakah hendak membuat permohonan aktiviti kegiatan luar kuliah (SEMARAK SISWA)?
 
J : Permohonan boleh dilakukan dengan cara mengisi borang secara on-line melalui sistem KLK ON-LINE dalam portal pelajar. Walau bagimanapun pelajar terlebih dahulu perlu mendapat kata laluan daripada jurulatih masing-masing. Borang yang siap dicetak perlulah mendapat pengesahan jurulatih dan sokongan penyelaras sebelum di hantar ke bahagian aktiviti Pusat Kokurikulum untuk kelulusan.
 
S : Bagaimanakah hendak membuat tempahan kenderaan (Bas)?
 
J : Tempahan kenderaan boleh dibuat di bahagian aktiviti Pusat Kokurikulum selepas  kertas kerja mendapat kelulusan.
 
S : Apakah yang perlu dibuat jika bas ada masalah? Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya terdapat masalah dengan bas ketika KLK?
 
J : Sila hubungi pengawai yang bertugas ditalian 04-9284035 @ 017-5963890 En. Mohamad     Azim Mahamad Zin.
 
S : Bagaimanakah hendak mendapatkan sijil penyertaan & penghargaan bagi aktiviti KLK (SEMARAK SISWA)?
 
J : Sijil penyertaan & penghargaan akan diberi selepas pelajar menghantar laporan kegiatan luar kuliah yang lengkap.

13. TEMPOH PELAKSANAAN KLK (SEMARAK SISWA)

S : Berapakah tempoh masa yang dibenarkan untuk melaksanakan KLK (SEMARAK SISWA) ?
 
J : Tempoh maksima yng dibenarkan bagi aktiviti KLK (SEMARAK SIWA) ialah SATU (1) hari sahaja     dan boleh dilakukan sama ada pada hari Jumaat atau Sabtu. Jika ada keperluan untuk menjalankan aktiviti melebihi  daripada 1 hari sila buat permohonan kepada Timbalan Pengarah (Aktiviti) Pusat Kokurikulum.
 
 
 

14. LOKASI DAN KUMPULAN SASARAN

S : Dimanakah lokasi yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti dan siapakah kumpulan sasaran?
 
J : Aktiviti KLK (SEMARAK SISWA) hanya boleh dijalankan di negeri Kedah dan Perlis sahaja. Pelajar juga tidak digalakkan untuk melaksanakan aktiviti KLK di kawasan pulau (Cth: Langkawi,Payar) dan kawasan berhampiran sempadan Negara jiran (Cth: Wang Kelian).
Kumpulan sasaran bagi aktiviti KLK (SEMARAK SISWA) adalah seperti berikut :  
  • Kampung/desa tersusun/kawasan berisiko tinggi seperti taman perumahan, kampung tersusun dan rumah pangsa – (gejala sosial dan keciciran pengajian). 
  • Pelajar sekolah. 
  • Kumpulan khusus(anak tentera/rumah sinar harapan/rumah anak yatim/rumah kebajikan masyarakat /rumah orang-orang tua).
  • Penduduk miskin / berpendapatan rendah.

15. BILANGAN AHLI KUMPULAN

S : Berapakah jumlah ahli kumpulan yang dibenarkan di dalam aktiviti KLK (SEMARAK SISWA)?
 
J : Bilangan ahli kumpulan bagi tujuan aktiviti KLK (SEMARAK SISWA) adalah tidak melebihi 40 orang pelajar bagi setiap kumpulan.
 
 
 

16. PERMOHONAN PINJAMAN PERALATAN PUSAT KOKURIKULUM

S : Bagaimanakah cara hendak membuat pinjaman peralatan?
 
J : Pelajar perlu menghantar surat permohonan pinjaman peralatan kepada Pengarah Pusat Kokurikulum selewat-lewatnya  TUJUH (7) hari sebelum tarikh penggunaan peralatan untuk kelulusan. Selepas diluluskan pelajar dikehendaki mengisi boring PPP (Pelajar) sebelum mengambil peralatan.
 
S : Apakah tempoh masa yang diberi untuk pengambilan/penghantaran peralatan?
 
J : Setelah permohonan diluluskan pelajar perlu mengisi borang mengambil peralatan tersebut pada hari-hari bekerja. Tempoh masa pengambilan/penghantaran bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Pemulangan peralatan hendaklah dilakukan dalam tempoh selewat-lewatnya EMPAT (4) hari selepas program. Sebarang kerosakan/kehilangan peralatan adalah di bawah tanggungjawab pemohon.    
 
 
 
 

17. KEROSAKAN BARANG/PERALATAN

S : Apakah tindakan yang akan diambil ke atas peminjam seandainya barang yang dipinjam mengalami kerosakan/kehilangan?
 
J : Peminjam mestilah membuat penggantian barangan dengan membeli barangan yang mempunyai kualiti dan kuantiti yang sama. Sekiranya peminjam tidak dapat menggantikan     barang tersebut, peminjam akan dikenakan tindakan seperti berikut :
  • Keputusan peperiksaan akan digantung selagi tidak membuat penggantian peralatan.
  • Ijazah dan Transkrip Markah akan ditahan.

 

 

MELAWAT KE UUM

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA. 
Tel: +604-928 4000 Faks : +604-928 3053 
Emel: servicedesk@uum.edu.my 

Atau 

UUM KAMPUS KUALA LUMPUR
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz, 50300 Kuala Lumpur, MALAYSIA. 

Tel: +603-2610 3000 Faks : +603–269 4922 
Website: http://uumkl.uum.edu.my