PENGENALAN

Written by ADMIN on . Posted in Uncategorised

  

 

 

Kegiatan kokurikulum telah diperkenalkan di Universiti Utara Malaysia sejak ia ditubuhkan pada tahun 1984, dan ia dijadikan sebahagian kursus wajib seperti mana kursus-kursus (teras) akademik lain. Ini bermakna, setiap kegiatan yang diceburi oleh pelajar akan diberi kredit dan dikira bersama-sama dengan kredit-kredit lain yang boleh didapati daripada kursus-kursus akademik sebelum dianugerahkan ijazah.

 

Oleh sebab itu , kegiatan kokurikulum hendaklah dititik beratkan sebagai kursus akademik dan bukan sebagai kegiatan sampingan/sambilan.

 

Semenjak ia diperkenalkan di kampus sementara Bandar Darul Aman, jitra,kedah sehingga sekarang, kegiatan kokurikulum telah bertambah bidang, jenisnya berdasarkan penambahan jumlah pelajar dan kepelbagaian minat serta kecenderungan mereka.

 

Dalam tempoh tersebut,pelbagai pengalaman dan pasang surut kegiatan kokurikulum telah ditempuhi. Sesuai dengan era serta situasi kepimpinan universiti ini, ia tetap bergerak maju sejajar dengan matlamat kewujudannya