Unit Seni Muzik

Written by ADMIN on . Posted in Uncategorised

 

 

Penyelaras :

 

Mohd Rizal Ramle

 

 

 

Tel :

 

04 - 928 3516

 

 

 

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

LAMAN WEB

 


ANGKLONG

SINOPSIS: Pelajar di dalam semester ini terlebih dahulu akan diperkenalkan dengan permainan angklong biasa iaitu dua (2) set angklong melodi dengan iringan angklong bas dan angklong kod. Setiap pelajar yang mengikuti kursus ini akan memainkan sebuah atau dua buah angklong yang dibuat secara berkelompok untuk melengkapkan sesebuah lagu yang akan dimainkan. Permainan angklong ini amat mementingkan kerjasama serta disiplin yang tinggi untuk membentuk sesebuah pasukan angklong. Ketidakhadiran salah seorang daripada pemain akan menggagalkan matlamat latihan.

 

BAGPIPE

SINOPSIS: Kursus Bagpipe ini akan memberi peluang kepada pelajar yang berminat di dalam bidang muzik untuk mengenali dan mempelajari secara lebih dekat tentang peralatan dan asas bermain Bagpipe. Dalam kursus ini, para pelajar akan diberikan pendedahan tentang teori muzik, kemahiran membaca dan menulis notasi.

 

CAK LEMPONG

SINOPSIS: Kursus ini akan memperkenalkan para pelajar kepada permainan Cak Lempong dari segi sejarah, latarbelakang permainan, persembahan dan alatan yang digunakan. 

 

GAMELAN

SINOPSIS: Kursus ini bertujuan memperkenalkan muzik gamelan dan sejarah kelahiran di Nusantara. Melalui kursus ini pelajar akan diperkenalkan kepada peralatan dan asas bermain Gamelan. 

 

MUZIK TRADISI

SINOPSIS: Kursus ini melatih para pelajar mengenali alat muzik asal dan tambahan. Latihan mendengar rentak irama secara langsung dan melalui pita rakaman dan video. Latihan dibuat secara sendirian (dalam kelas) dan pelajar didedahkan kepada teori muzik ABRSM gred 1.

 

ORKESTRA

SINOPSIS: Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada bentuk dan susunan di dalam orkestra beserta alat-alat muzik yang terdapat di dalam sesuatu orkestra. Juga penggunaan alatan muzik dengan betul dan menjalani teknik-teknik bermain dengan alatan muzik tersebut bagi menghasilkan muzik yang sempurna dan nada yang tepat. Pelajar akan tahu cara memegang dan memainkan alat muzik dengan betul. Pelajar akan dikelompokkan menurut susunan atau sectional dalam orkestra. Pemilihan alatan adalah dibuat berdasarkan minat dan kebolehan bermain sesuatu alat tersebut. Alat-alat muzik ini dimainkan secara berkumpulan mahupun perseorangan. 

 

PANCARAGAM

SINOPSIS: Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan asas teori dan amali dalam muzik serta kemahiran asas bacaan dan penulisan notasi dalam muzik berkonsep pancaragam / Military Band. Selain itu, kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang permainan alat-alat muzik dalam orkestra serta memberi pengalaman muzik formal. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada pelajar kemahiran bermain alat muzik mengikut bacaan notasi berpandukan skor seksyen (kumpulan) yang disediakan.

 

 

 

 

Unit Seni Bela Diri

Written by ADMIN on . Posted in Uncategorised

 

 

Penyelaras :

 

Prof. Madya Dr. Fauzi bin Hussin

 

 

 

Tel :

 

04 - 928 5537

 

 

 

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

LAMAN WEB

 

KARATE DO

SINOPSIS: Kursus ini akan memperkenalkan dan mendedahkan pelajar berkenaan dengan seni mempertahankan diri Karate Do daripada segi teori, teknikal dan praktikal. Pelajar juga akan mempelajari peraturan dalam Karate Do serta penekanan terhadap disiplin diri. Di samping itu juga pelajar akan mempelajari pergerakan asas dan gabungan pergerakan asas dalam Karate Do secara praktikal. 

 

SENI SILAT CEKAK

SINOPSIS: Kursus ini memperkenalkan dan mendedahkan pelajar kepada seni mempertahankan diri iaitu Seni Silat Cekak dari segi teori, teknikal dan praktikal sebagai salah satu cabang budaya asli negara melalui teknik-teknik tangkisan, pukulan dan kuncian yang berpandukan kepada akal fikiran yang sihat serta didikan yang didasarkan kepada nilai-nilai agama dan sahsiah, pelajar dilatih dengan sifat-sifat keberanian, bertanggungjawab dan peribadi mulia. Setiap pelajar perlu hadiri latihan tambahan selama dua (2 ) jam seminggu di bawah aktiviti Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia bagi membolehkan pelajar menguasai sepenuhnya mata pelajaran Seni Silat Cekak dan melayakkan diri menduduki ujian Sijil Rendah Seni Silat Cekak Malaysia. 

 

SILAT GAYUNG

SINOPSIS: Kursus ini akan memperkenalkan dan mendedahkan pelajar berkenaan dengan seni mempertahankan diri Seni Silat Gayung Malaysia daripada segi teori, teknikal dan praktikal. Pelajar akan mempelajari peraturan-peraturan dan adat istiadat seni Silat Gayung Malaysia. Pelajar juga akan diberi penekanan terhadap disiplin diri. Di samping itu juga pelajar akan mempelajari pergerakan asas seni silat, pergerakan-pergerakan, elakan-elakan dan juga tangkapan Seni Silat Gayung Malaysia secara praktikal.

 

SILAT OLAHRAGA

SINOPSIS: Kursus ini memperkenalkan dan mendedahkan kepada para pelajar berkenaan dengan seni silat dari segi teori, teknikal dan praktikal. Pelajar akan mempelajari latar belakang, peraturan-peraturan dan tradisi pencak silat. Pelajar juga akan diberi penekanan terhadap disiplin diri. Di samping itu juga pelajar akan mempelajari pergerakan asas seni silat dan pergerakan-pergerakan gabungan asas pencak silat secara praktikal. 

 

TEA KWON DO

SINOPSIS: Kursus ini memperkenalkan dan mendedahkan pelajar berkenaan dengan seni bela diri Tae Kwon Do WTF daripada segi teori, teknikal dan praktikal. Pelajar akan mempelajari peraturan-peraturan dan tradisi Tae Kwon Do WTF. Pelajar juga akan memberi penekanan terhadap disiplin diri. Di samping itu juga akan mempelajari pergerakan asas seni silat dan pergerakan-pergerakan gabungan asas Tae Kwon Do WTF secara praktikal.

 

 

 

 

piagam

1. Menawarkan kursus kokurikulum yang relevan kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam usaha melahirkan graduan yang berketrampilan, berdaya saing dan berkebolehpasaran tinggi.

2. Menerapkan kemahiran insaniah melalui aktiviti pembelajaran dan pengajaran kursus kokurikulum berkredit.

3. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mesra kepada pelanggan.

 

PENILAIAN PIAGAM.

MELAWAT KE UUM

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA. 
Tel: +604-928 4000 Faks : +604-928 3053 
Emel: servicedesk@uum.edu.my 

Atau 

UUM KAMPUS KUALA LUMPUR
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz, 50300 Kuala Lumpur, MALAYSIA. 

Tel: +603-2610 3000 Faks : +603–269 4922 
Website: http://uumkl.uum.edu.my