Unit Teknologi Media & Kreativiti

Written by ADMIN on . Posted in Uncategorised

 

 

Profile Penyelaras :

 

Tn. Hj. Abu Bakar Mat Safar

 

 

 

Tel :

 

04 - 928 4091

 

 

 

Email:  abakar@uum.edu.my

 

 

 

LAMAN WEB


TEKNOLOGI FOTOGRAFI

SINOPSIS: Kursus ini akan memperkenalkan asas fotogtafi secara asas kepada pelajar. Ia meliputi sejarah perkembangan dan kewujudan dunia fotografi. Ia juga menyentuh tentang kamera jenis SLR, kanta, tripod serta peralatan-peralatan berkaitan. 

 

TEKNOLOGI GRAFIK

SINOPSIS: Kursus ini memperkenalkan teknologi media secara umum bidang grafik. Gambaran jelas mengenai hubungkait, kepentingannya dengan bidang lain seperti audio/video dan fotografi juga diberikan penekanan. Melalui bidang ini para pelajar diajar mengenai grafik termasuk warna, tipografi, logo, komposisi (layout), dan asas mengenai dunia pengiklanan. 

 

TEKNOLOGI VIDEO

SINOPSIS: Kursus ini bertujuan memperkenalkan secara asas dan memberi bimbingan praktis kepada pelajar-pelajar konsep mengendalikan alatan-alatan video. Pelajar akan diajar teknik-teknik mengendalikan kamera video dengan betul dan juga kaedah penjagaannya. Pelajar juga akan diperkenalkan dan diajar teknik-teknik dan kaedah serta unsur-unsur seni dalam penggunaan video. Pelajar juga diberi kemahiran dan teknik suntingan video.

 

 

 

 

 

 

 

Unit Sukan Padang, Air & Udara 2

Written by ADMIN on . Posted in Uncategorised

 

    Penyelaras :
  Azhar B Anis Mohammad
   
  Tel :
  04 - 928 5259
   
  Email:
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
   

 

BADMINTON

SINOPSIS: Sukan ini ditawarkan pada semester III dan IV. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang sukan badminton. Sejarah dan asas berkaitan permainan badminton diberikan secara teori dan amali untuk membolehkan pelajar mengadaptasikan permainan badminton secara berkesan. Pendedahan tentang konsep dan kaedah latihan yang sistematik dan berkualiti, penguasaan kemahiran dan program kecergasan fizikal diberikan supaya pelajar dapat meningkatkan prestasi permainan.

 

BOLA BALING

SINOPSIS: Sukan ini ditawarkan pada semester III dan IV. Kursus ini mencakupi maksud objektif dan dikendalikan dalam bentuk teori, praktikal dan latih kendali. Memperkenalkan kepada pelajar falsafah sukan, sejarah permainan, prinsip sains dalam sukan, kecederaan serta rawatan awal, kemahiran, undang-undang permainan bola baling, penganjuran dan pengelolaan pertandingan. Seterusnya, pelajar diperkenalkan dengan komponen taktik dan teknikal dalam permainan. Pelajar perlu menjayakan projek berkumpulan berbentuk aplikasi pengurusan sukan dan pembinaan sahsiah terhadap komuniti setempat dan perkhemahan tahunan.

 

BOLA JARING

SINOPSIS: Sukan ini ditawarkan pada semester III dan IV. Pada semester III pelajar diajar untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas bola jaring dan pada semester IV pelajar diberi latihan pengukuhan dan taktik serta strategi menerusi sesi amali dan teori. Pelajar juga diberi peluang untuk menjadi Pengadil dan Pegawai Pasukan serta mengelolakan pertandingan antara kumpulan. Selain itu, mendapat pengetahuan dan pengalaman untuk menguasai permainan bola jaring. 

 

BOLA KERANJANG

SINOPSIS: Sukan ini ditawarkan pada semester III dan IV. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang sukan Bola Keranjang. Sejarah dan asas berkaitan permainan bola keranjang diberikan secara teori dan amali untuk membolehkan pelajar mengadaptasikan permainan bola keranjang secara berkesan. Pada tahap ini pelajar juga melalui aktiviti-aktiviti yang terancang supaya dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas bola keranjang. Pelajar juga diberi pendedahan tentang pengurusan pertandingan bola keranjang. 

 

BOLA TAMPAR

SINOPSIS: Sukan ini ditawarkan pada semester III dan IV. Kursus ini bertujuan untuk menambah pengetahuan serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep permainan bola tampar. Para pelajar juga akan dibekalkan maklumat berkaitan dengan peralatan, kemahiran yang diperlukan, peraturan permainan, serta pengadilan permainan bola tampar. Diterangkan juga tentang teknik serangan yang selalu digunakan. Perlawanan persahabatan juga diadakan bagi mengasah bakat, menambah lagi kemahiran dan pengalaman para pelajar dalam bidang bola tampar. 

 

BOLING PADANG

SINOPSIS: Sukan ini ditawarkan pada semester III dan IV. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan ilmu pengetahuan dan kemahiran tentang peraturan-peraturan dan panduan yang berkaitan dengan sukan Boling Padang kepada pelajar. Kursus ini juga memberi pendedahan tentang undang-undang permainan Boling Padang juga persediaan dan persiapan untuk pertandingan. 

 

EKUESTRIAN

SINOPSIS: Sukan ini ditawarkan pada semester III dan IV. Program ekuestrian di UUM menyediakan latihan penjagaan dan pengurusan kuda serta latihan menunggang kepada pelajar-pelajar kokurikulum, pelajar UUM amnya dan juga terbuka kepada kakitangan. Struktur latihan unit ekuestrian menggalakkan ahlinya menanamkan sifat kasih sayang kepada kuda dan juga disiplin yang tinggi. 

 

FUTSAL

SINOPSIS: Sukan ini ditawarkan pada semester III dan IV. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan ilmu pengetahuan dan kemahiran cara-cara membentuk, melatih dan mengurus mengurus pasukan, spesifikasi gelanggang, undang-undang permainan Futsal yang diiktiraf oleh Persatuan Bolasepak Dunia (FIFA). 

 

GOLF

SINOPSIS: Sukan ini ditawarkan pada semester III dan IV. Pada semester III pelajar diberi pendedahan mengenai perkembangan, pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang sukan golf. Penekanan diberi mengenai teori, teknik, undang-undang serta peraturan dalam etika permainan golf. Pendedahan turut diberi mengenai praktikal dalam aspek permainan golf, pengurusan dan pengelolaan pasukan dan pertandingan.

Pada Semester IV, pelajar diberi pendedahan praktikal dan permainan di padang golf seperti etika, undang-undang, teknik pukulan, pemakaian peralatan dan lain-lain. Aspek pengurusan permainan dan cara mengadakan pertandingan golf di antara pelajar dan jurulatih turut diberi penekanan. Kursus ini membantu pelajar menyediakan kekuatan dari segi mental dan fizikal semasa permainan serta tahap penguasaan permainan golf.

 

LUMBA BASIKAL

SINOPSIS: Sukan ini ditawarkan pada semester III dan IV. Sukan lumba basikal merupakan satu sukan yang semakin popular dan sangat digemari oleh segenap lapisan masyarakat. Sukan ini merupakan satu-satunya sukan yang diceburi oleh pelbagai kaum dan jantina dan tidak ada mana-mana kaum yang dominan ke atas sukan ini. Sukan ini memerlukan tahap kemahiran yang tinggi, corak teknikal yang terkini dan sistem tenaga yang kompleks. Pengetahuan tentang teknik pengendalian basikal juga memerlukan satu sistem pengajaran yang terancang. 

 

MEMANAH

SINOPSIS: Sukan ini ditawarkan pada semester III dan IV. Kursus ini menekankan kepada pelajar tentang undang-undang dan peraturan sukan memanah. Tumpuan diberi kepada kemahiran-kemahiran asas terutamanya dari segi teknik yang betul.

 

PARAMOTOR

SINOPSIS: Sukan ini ditawarkan pada semester III dan IV. Pelajar akan dilatih secara praktikal mengenai teknik-teknik pra-penerbangan, pendedahan kepada peralatan, latihan ‘ground school’ dan keadaan cuaca serta angin. Seterusnya pelajar akan diberi pendedahan berhubung teknik-teknik penerbangan dan teknik mengawak paracut. Pelajar akan dilatih secara praktikal mengenai teknik-teknik penerbangan, latihan dan terbang. 

 

PING PONG

SINOPSIS: Sukan ini ditawarkan pada semester III dan IV. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik asas permainan ping pong bagi membolehkan pelajar mengetahui cara permainan ping pong samada untuk beriadah atau menyertai pertandingan. Pengetahuan asas dalam permainan ping pong diberikan secara teori dan amali. 

 

RENANG

SINOPSIS: Sukan ini ditawarkan pada semester III dan IV. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan ilmu pengetahuan dan kemahiran tentang peraturan-peraturan dan panduan yang berkaitan dengan keselamatan dalam air kepada pelajar. Kursus ini juga memberi pendedahan tentang asas kemahiran renang gaya bebas dan renang kuak dada untuk rekreasi dan juga untuk pertandingan. Pelajar juga didedahkan tentang peraturan-peraturan dan undang-undang renang antarabangsa FINA serta prosedur mengelolakan sesuatu pertandingan.

 

SKUASY

SINOPSIS: Sukan ini ditawarkan pada semester III dan IV. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada pelajar serta mempertingkatkan penglibatan pelajar-pelajar dalam permainan skuasy di IPTA. 

 

SOFBOL

SINOPSIS: Sukan ini ditawarkan pada semester III dan IV. Pada kedua-dua semester tersebut, pelajar diberi pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan, undang-undang dan peraturan berkaitan dalam permainan sofbol. 

 

TENIS

SINOPSIS: Sukan ini ditawarkan pada semester III dan IV. Permainan tenis melatih kepada pengetahuan, kemahiran asas, teknik, undang-undang dan peraturan permainan. Diterangkan secara praktikal dan teori dalam setiap sesi latihan.

 

 

 

piagam

1. Menawarkan kursus kokurikulum yang relevan kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam usaha melahirkan graduan yang berketrampilan, berdaya saing dan berkebolehpasaran tinggi.

2. Menerapkan kemahiran insaniah melalui aktiviti pembelajaran dan pengajaran kursus kokurikulum berkredit.

3. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mesra kepada pelanggan.

 

PENILAIAN PIAGAM.

MELAWAT KE UUM

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA. 
Tel: +604-928 4000 Faks : +604-928 3053 
Emel: servicedesk@uum.edu.my 

Atau 

UUM KAMPUS KUALA LUMPUR
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz, 50300 Kuala Lumpur, MALAYSIA. 

Tel: +603-2610 3000 Faks : +603–269 4922 
Website: http://uumkl.uum.edu.my