Projek Berkelompok Padi Kampung Kubang Pasu

Written by ADMIN on . Posted in Uncategorised

PKOK Online: Seramai 30 orang mahasiswa/i pelajar Kokurikulum Hortikultur Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diketuai oleh Encik Mohd Faisal Omar, Jurulatih Sub Unit Kokurikulum Hortikultur (III) A telah menyertai program Khidmat Siswa UUM ke Projek Berkelompok Padi Kampung Kubang Pasu. Program ini dijayakan dengan kerjasama daripada Pegawai Pertanian Daerah Kubang Pasu dan penduduk kampung yang telah diadakan di Kampung Kubang Pasu, Jitra Kedah.

Menurut Encik Faisal, program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i secara praktikal tentang kaedah kawalan perosak tanaman padi para pesawah. Berbantukan wakil daripada pegawai pertanian dan para pesawah, mahasiswa/i berpeluang mengenali jenis perosak utama kepada tanaman padi iaitu tikus dan siput gondang emas.

Menurut beliau lagi, program seumpama ini dapat merapatkan lagi hubungan antara mahasiswa/i dengan komuniti serta agensi luar di samping dapat memupuk semangat kekitaan. Para pesawah begitu berpuas hati dan berterima kasih kepada mahasiswa/i UUM kerana sudi membantu mereka dalam mengawal haiwan perosak di kawasan sawah padi mereka.

Program yang dijalankan selama sehari itu juga adalah sebagai memenuhi kehendak Kegiatan Luar Kampus (KLK), Pusat Kokurikulum UUM yang memerlukan mahasiswa/i melakukan aktiviti luar yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

piagam

1. Menawarkan kursus kokurikulum yang relevan kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam usaha melahirkan graduan yang berketrampilan, berdaya saing dan berkebolehpasaran tinggi.

2. Menerapkan kemahiran insaniah melalui aktiviti pembelajaran dan pengajaran kursus kokurikulum berkredit.

3. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mesra kepada pelanggan.

 

PENILAIAN PIAGAM.

MELAWAT KE UUM

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA. 
Tel: +604-928 4000 Faks : +604-928 3053 
Emel: servicedesk@uum.edu.my 

Atau 

UUM KAMPUS KUALA LUMPUR
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz, 50300 Kuala Lumpur, MALAYSIA. 

Tel: +603-2610 3000 Faks : +603–269 4922 
Website: http://uumkl.uum.edu.my