Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia 2015

Written by ADMIN on . Posted in Uncategorised

Pemilihan Taman Santai Kokurikulum yang merupakan ikon baru setelah ditambahbaik menjadi lokasi Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia 2015 Peringkat Pusat Kokurikulum telah menyemarakkan lagi semangat patriotisme dikalangan staf Pusat Kokurikulum.

Galakan yang kuat oleh Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr Kamarul Faizal Hashim menjadi dorongan dan suntikan semangat kepada para staf Pusat Kokurikulum untuk menganjurkan pelbagai acara sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia sehingga 16 September ini.

Antara aktiviti menarik yang turut dijalankan ketika pelancaran adalah termasuk gotong-royong mengetengahkan konsep kemerdekaan pada ruang dan sekitar pejabat.

Sebagai usaha dalam menyemarakkan lagi sambutan sepanjang bulan kemerdekaan, turut akan diadakan adalah perbarisan pagi dimana semua staf akan menyanyikan Lagu Negaraku di samping penghayatan sejarah kemerdekaan Malaysia melalui deklamasi sajak, ceramah kemerdekaan pada setiap pagi ketika perhimpunan pagi tersebut.

Inisiatif nyayian Lagu Negaraku sambil menaikkan bendera Malaysia bukan sahaja dilakukan pada urusan rasmi malah pada bila-bila masa yang mampu meningkatkan semangat patriotisme.

Dalam ucapan ringkas Mejar (B) Kamaludin Chin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, menyeru semua agar Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2015 yang bertemakan Sehati Sejiwa Peringkat Pusat Kokurikulum mampu menggerak dan menyemarakkan perasaan kasih sayang serta hormat menghormati diantara kakitangan dan meliputi seluruh pelajar yang menjadi pelanggan utama universiti.

Usaha ini selari dengan keperluan Pusat Kokurikulum bagi memenuhi KPI Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menganjurkan program University Community Engagement (UCE) yang bertemakan “Patriotisme & Unity”, yang akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2015.

Lantas program yang amat bermakna bagi staf pusat kokurikulum ini seharusnya dapat menerap dalam mendalami dan menghayati erti kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan sesama kakitangan UUM dan seluruh rakyat Malaysia.

piagam

1. Menawarkan kursus kokurikulum yang relevan kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam usaha melahirkan graduan yang berketrampilan, berdaya saing dan berkebolehpasaran tinggi.

2. Menerapkan kemahiran insaniah melalui aktiviti pembelajaran dan pengajaran kursus kokurikulum berkredit.

3. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mesra kepada pelanggan.

 

PENILAIAN PIAGAM.

MELAWAT KE UUM

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA. 
Tel: +604-928 4000 Faks : +604-928 3053 
Emel: servicedesk@uum.edu.my 

Atau 

UUM KAMPUS KUALA LUMPUR
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz, 50300 Kuala Lumpur, MALAYSIA. 

Tel: +603-2610 3000 Faks : +603–269 4922 
Website: http://uumkl.uum.edu.my